Sesungguhnya
Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk
hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada
hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan
mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau
orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah
membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan
menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan
menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak
akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan
orang-orang yang fasik. (Iaitu)
orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah
diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya
diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka
bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.
Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
Comments
Post a Comment